Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Admin SEDAPResepi akan berkongsi tentang Resepi Cempedak Goreng yang sangat mudah. Juadah ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.
Bahan diperlukan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan air - tuang air sikit demi sedikit semasa membancuh adunan tepung ini , jgn terlalu cair.
Sedikit saja garam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning.
*Masukkan buah cempedak dan gaul rata, pastikan bancuhan tepung meliputi buah cempedak ini.
Cara penyediaan:
Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan buah cempedak sebijik demi sebiji.Goreng sampai warna bancuhan tepung kekuningan , gunakan api sederhana besar.
0 Comments