Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Admin SEDAPResepi akan berkongsi tentang resepi yang asalnya dari Jepun iaitu Takoyaki. Takoyaki adalah sejenih makanan yang berbentuk bulat dan berinti di dalam. Ianya amat popular di Jepun dan Malaysia juga sudah menjadi makanan pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jom belajar cara membuatnya!
Bahan diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut dan tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan inti pula.
Bahan inti:
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (ikut selera)
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat.
Daun bawang – hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat.
Cara penyediaan:
1. Panaskan acuan takoyaki. Celup tisu dalam minyak masak dan sapu di setiap lubang acuan takoyaki.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang.
4. Taburkan daun bawang dan kobis. Jangan tabur banyak sangat.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Sapu minyak masak dari masa ke masa di celah-celah acuan.
9. Teruskan sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Hiaskan dengan bahan hiasan.
Bahan hiasan:
Sos Takoyaki
Mayonis Jepun
Ao-nori (serbuk seaweed)
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan)
Mayonis Jepun
Ao-nori (serbuk seaweed)
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan)
Cara menghias:
1. Sapukan sos takoyaki
2. Sapu mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi
2. Sapu mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi
Bahan sos:
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia – tumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 cawan gula
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia – tumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 cawan gula
Cara penyediaan sos:
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
kredit: resepimudahsedap.info
kredit: resepimudahsedap.info

0 Comments