ResepiDARA: Telur Puyuh Teppanyaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



RD : Telur Puyuh Teppanyaki


Admin ResepiDARA akan berkongsi tentang Telur Puyuh Teppanyaki yang sangat mudah. Juadah ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan bahannya :

10-12 biji telur puyuh rebus

1/2 biji bawang holland

2 ulas bawang putih

1 batang serai dititik (diketuk)

brokoli

1/2 biji limau nipis

Gula (disarankan gunakan gula perang)

2 sudu Marinade Sauce (boleh digantikan dengan sos tiram)

Taugeh

Minyak

Sedikit air

Bahan bahan yang di potong

Inilah rupanya Marinade Sauce tu. Hari tu beli time balik kampung. Produk daripada Thailand.

Hari tu ke pasar tani, beli taugeh RM0.30. Banyak juga.Hehe

Telur puyuh beli dekat pasar malam, 10 biji RM2.50. Ok tak?


Cara memasak :

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih, bawang holland sehingga naik bau.
3. Masukkan marinade sauce dan serai yang telah dititik.
4. Masukkan sedikit air, anggaran 100ml.
5. Masukkan gula.
6. Apabila kelihatan mendidih, masukkan telur puyuh, brokoli dan taugeh.
7. Gaulkan seketika.
8. Tutup api.
9. Perasakan juga dengan limau nipis.
10. Sedia dihidangkan. Jangan lupa tengok jugak nasi sudah masak ke belum. hehehe


Selamat menjamu selera! ☺

p/s : sekiranya ada tambahan sayur sayuran lain, contohnya cendawan butang, cendawan shitake, kacang buncis, bunga kobis bolehla ditambah ke dalam Telur Puyuh Teppanyaki ini. Almaklumlah resepi tengah tengah bulan ni, apa yang ada di dapur, itulah yang dimasak. Hehehe. 



Post a Comment

0 Comments