SedapResepi: Resepi Apam Pisang Super Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semuanya? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan gembira. Admin SEDAPResepi akan berkongsi tentang resepi apang pisang super gebu yang sangat mudah. Juadah ini menjadi kegilaan orang ramai kerana rasanya yang sangat sedap dan menusuk kalbu! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang emas yang telah dilenyek/dihaluskan
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan 3/4 penuh.
3. Kukus anggaran 15-20 minit. lapik tutup kukusan supaya air tidak menitik.
4. Bila sudah masak, biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments