SedapResepi: Sambal Tumis Sotong Kering

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Admin SEDAPResepi akan berkongsi tentang Resepi Sambal Tumis Sotong Kering yang sangat mudah. Juadah ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan diperlukan:

300 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa segera
Garam secukup rasa


Bahan yang perlu dikisar Halus:

10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan


Cara penyediaan:


1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan sos cili, gula, asam jawa, sos tiram dan terus kacau kuah sampai mendidih.


2) Masukkan sotong , bawang besar, garam dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air.Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Post a Comment

0 Comments